Saturday, January 3, 2009

wahai manusia...

budak zaman sekarang memang RAMAI yg tak sedar diri.
kenapa?
meh sini aku nak tegur korg sikit.

hang tayang handphone hang, tapi hang sedar tak siapa yg bagi hang benda alah tu?
kalau hang yg beli guna duit hang tak kisah la.
aku tegur org yg gila sombong dan tak sedar diri je.
kalau hang terasa sorry la ye.

haa.
masuk bab ni, dah open sikit.
ni teguran aku untuk semua lapisan masyarakat tak kira umur dan bangsa.
walaupn aku sedar yg umur aku sebenarnya aku tak layak untuk tegur org lagi.

kita memang suka kutuk org.
puas la kn lepas kutuk org, hina org, maki hamun org?
sebelum kita merendahkn diri org lain, cuba kita cerminkn diri kita dulu.
kita ni bagus sangat ke?
sebenarnya org yg kita rendahkn tu lebih mulia drpd org yg merendahkn org lain.
dan org yg merendahkn org lain lebih mulia drpd org yg menabur fitnah, hasut org, dan sebagainya.

jadi, sampai bila kita nak jadi macam ni?
kalau semua org suka merendahkn org lain, sampai bila negara nak maju?
kita semua tak terlepas drpd melakukan kesalahan.
dan kesilapan tu la yg mematangkn kita sebenarnya.
dan kesilapan yg kita lakukan tu dapat memotivasikan diri kita.
sebab itu la org yg ada banyak pengalaman spt ibu bapa patut dihargai.
nasihat mereka patut diterima dengan hati yg terbuka supaya kita tidak mengulangi kesalahan yg telah terjadi.
orang yg baru pula harus diberi peluang dan tidak seharusnya dipandang rendah.
kerana mereka adalah waris pemimpin negara.
kalau mereka tidak diberi peluang untuk belajar, bagaimana mereka hendak mengelakkn diri drpd melakukn kesilapan yg pernah berlaku?
kalau macam tu, macam mana negara nak maju?


.::kita diberi akal untuk berfikir,gunakn la nikmat yg diberi sebaiknya::.

1 comment: